Y yer.my

Dasar Bayaran Balik

Dasar ini terpakai kepada bayaran langganan platform yer.my (bukan produk Takaful — pertanyaan bayaran balik polisi Takaful perlu dibuat terus dengan agen/operator Takaful berkenaan).

1. Bayaran Langganan

Bayaran langganan bulanan dikira selesai sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh Bayarcash dan akaun anda diaktifkan/diperbaharui. Oleh kerana anda mendapat akses penuh sebaik pembayaran, bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bagi tempoh langganan yang telah bermula.

2. Pengecualian

Bayaran balik akan dipertimbangkan sekiranya:

  • Berlaku caj berganda (double charge) disebabkan ralat sistem/gateway pembayaran.
  • Bayaran berjaya diproses tetapi akaun gagal diaktifkan disebabkan ralat teknikal di pihak kami.

3. Cara Memohon

Hantar emel ke zaimibiz@gmail.com dengan nombor rujukan bil Bayarcash dan sebab permohonan. Kami akan menyemak dan membalas dalam masa 3–5 hari bekerja.

4. Pembatalan Langganan

Anda boleh berhenti memperbaharui langganan pada bila-bila masa — tiada caj automatik akan dikenakan selepas tamat tempoh semasa jika tidak diperbaharui. Landing page awam anda akan disembunyikan (tidak dipaparkan kepada pelawat) sehingga langganan diperbaharui semula, tetapi data lead & tetapan anda kekal disimpan.

Kemas kini terakhir: 19/9/2026